Friday, November 13, 2009

Makanan Kegemaran Saya

Ada Gambar


Ada Resipi

Bahan untuk nasi:-
@ 2 cawan beras
@ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
@ 1 helai daun pandan - disimpul
@ 3 hirisan halia
@ secubit garam
Bahan untuk sambal:-
* 6 sudu besar cili kering mesin
* 4 ulas bawang merah -ditumbuk
* 2 ulas bawang putih -ditumbuk
* 1 biji bawang besar -dihiris
* segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
* sedikit air asam jawa
* sedikit belacan (jika suka)
* garam n gula
Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun

Cara-cara
1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat

jika nak lebih lanjut,sila layari,klik Disini

Selamat Datang ke Blog saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pembuka bicara..

SELAMAT DATANG ke blog saya. Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Blog ini dihasilkan semata-mata untuk tujuan peribadi saya. Untuk menceritakan kisah tentang diri saya, keluarga saya dan juga rakan-rakan saya serta info-info yang terbaru yang ingin saya kongsi bersama dengan anda...

Rajin-rajinlah berkunjung ke blog saya untuk mendapatkan kisah-kisah terbaru. Jika ada sebarang komen atau cadangan bolehlah dimaklumkan kepada saya......

Dari semasa ke semasa saya akan selalu akan mengemaskinikan blog saya ini. Terima Kasih Daun Keladi....

FROM PIE_CAYO :) :0)